"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik." ASSALAMUALAIKUM..ini laa hasil kerja untuk SASTERA..walaupun tak seberapa tapi harap kome terhibur..

Friday, 14 September 2012

Hikayat Nabi Wafat

Sinopsis

Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang terakhir. Baginda telah membaca khutbah dan mengimamkan solat. Setelah itu Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika perang. Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan cemeti. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikahbarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala Fatimah, nabi pun wafat.

Hikayat Pelanduk Jenaka

Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa)

Sinopsis


Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa.


Kemudaian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.


Mengenalpasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional.

Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat.

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman.Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.prosa

Pemikiran

Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia biasa. Kegiatan mencari rezki meraka telah terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka merupakan pihak yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.


Pengajaran

- Perlu berwaspada
- Perlu berusaha menyelesaikan masalah
-Jangan takbur
-Jangan menipu
-Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
-Gunakan akal sebaiknya ketika bertindak.
-Perlu bijak merancang strategi (kaedah penyelesaian masalah).

Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.

1. Terdapat golongan manusia yang bersikap takbur atau bercakap besar. Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak berkemampuan untuk mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah.

2. Sebahagian daripada manusia bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan. Badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan berlawan dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali.


3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah. Mereka tidak menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka. Sebaliknya mereka hanya menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul, manusia akan mengalami kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara mereka bertindak terburu-buru.


4. Manusia perlu berkerjasama sesama ahli masyarakat.


Hikayat Hang Tuah Bab VII

Perkahwinan Radin Mas Ayu
dengan Raja Melaka (Sang Maniaka)


Sinopsis

Latar tempat di Majapahit. Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara Majapahit. Upacara perkahwinan dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah pada ketika ini masih berjawatan seorang Bentara sahaja. Hantaran belanja pula adalah emas tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang 70 orang. Sultan Melaka pun mengadap Betara Majapahit. Dalam majlis tersebut Hang Tuah telah dicabar berlawan dengan perajurit Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya memarang mata tombak dan membunuh pencabarnya. Semua halangan terhadap hang Tuah adalah rancangan Patih Gajah Mada.
Kemdian datang pula Taming Sari datang mengamuk dan menikam ramai orang. Hang Tuah berani berhadapan dengan tentangan Taming Sari ketika pihak lain termasuk Patih Gajah Mada melarikan diri. Pada awalnya Taming Sari sukar dikalahkan kerana tidak lut diparang oleh Hang Tuah. Kekuatan Taming Sari ada pada kerisnya. Hang Tuah pun membuat muslihat agar mereka berdua bersama-sama mengamuk Betara Majapahit. Hang Tuah mengajak Taming Sari bertukar keris. Apabila sahaja Hang Tuah mendapat Keris Taming Sari, beliau telah memekis dan berlawan semula dengan Taming Sari. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Taming Sari dan dianugerahkan keris yang dimiliki oleh Taming Sari. Hang Tuah juga diberi gelaran Laksamana oleh Ratu Majapahit serta anugerah Sungai Jemaja.



Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut:

Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut.[1]

Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.



Ciri-ciri epik adalah:

1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka saling bertukar keris.

2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat. Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.

3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema. Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain.
4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidAk cedera walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.

5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.

Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap individu manusia seperti berikut:


2.1 Perlu bersikap berani
Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari.


2.2 Manusia perlu bijaksana.
Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.


2.3 Taat setia kepada ketua.
Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.


2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain.
Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai jasa-jasanya.

2.5 Sentiasa berwaspada.
Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.


2.6 Hormat menghormati.
Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang (Majapahit).

2.7 Menghormati tetamu.


2.8 Gambaran adat dan budaya masyarakat.
Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja.



WATAK PERWATAKAN

Watak Hang Tuah.


Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.

Perwatakan Hang Tuah
1. Taat setia
2. Berani
4. Bijaksana
5. Tangkas bermain senjata.
6. Sangat menghormati raja.

Wednesday, 1 August 2012

Pantun Budi

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Jenis Pantun : Pantun empat kerat
Tema Pantun : Pantun budi

Ciri-ciri puisi tradisional

1. Jumlah baris serangka
=Empat baris serangkap

2. Pembayang maksud.
=Separuh baris yang awal adalah pembayang maksud.

3. Maksud pantun
=Separuh baris yang akhir merupakan maksud pantun.

4. Jeda.
=Terdapat hentian sebentar di tengah-tengah baris yang dekenali sebagai jeda.
Contoh: Pulau pandan / jauh ketengah.

5. Jumlah perkataan sebaris.

6. Jumlah sukukata sebaris.


Kepentingan pantun budi kepada sarwajagat masyarakat melayu tradisional

1. Komunikasi.
Pantun di atas boleh digunakan ketika berucap di hadapan khalayak ramai. Biasanya sebagai bahasa pengucapan para pemimpin masyarakat. Pantun di atas mampu menyampaikan mesej yang berguna kepada pendengarnya. Pendengar akan faham permintaan dan harapan seseorang pengucap pantun. Malah pantun itu mampu mengungkapkan rasa terimakasih yang tidak terhingga kepada orang yang telah “berbudi”.

2. Nasihat.
Pantun di atas mampu memberikan nasihat kepada seseorang untuk melakukan kebaikan dengan berbudi kepada orang lain. Malah ia juga menasihatkan seseorang yang telah menerima budi agar sentiasa mengenang dan menyanjung pihak yang telah berbudi kepada dirinya.

3. Pengajaran.
Seterusnya pantun tersebut mengajar manusia supaya mengamalkan perbuatan menolong orang lain atau dengan kata lain berbudi kepada rakan. Ajaran mulia ini mampu diterapkan andai seseorang itu memahami maksud pantun di atas. Malah ia juga akan mendorong khalayak mengamalkan budaya tolong menolong kerana amalan mulia akan menjadi bekal ketika kita sudah meninggal dunia.

4. Gambaran masyarakat.
Gambaran amalan berbudi dapat dilihat dalam kegiatan harian masyarakat melayu. Mereka menjadikan budaya tolong menolong sebagai amalan hidup seharian kerana ahli masyarakat saling bergantung antara satu sama lain. Hidup yang serba kekurangan akan mendorong individu supaya perihatin akan kesusahan ahli masyarakat yang ada di sekitar mereka.

5. Motivasi supaya berkelakuan baik.
Pantun di atas boleh menjadi pendorong seseorang supaya berbudi kepada orang lain. Dorongan ini wujud kerana masyarakat melayu sangat menghargai jasa orang lain. Malah balasan orang berbudi akan di bawa setelah seseorang itu meninggal dunia. Bagi mereka yang menerima budi pula akan cuba menolong rakan yang lain pada waktu yang sesuai.

6. Budaya sopan santun.
Gaya bahasa pantun yang menarik sebenarnya menggalakkan seseorang menasihat dan menyampaian mesej secara bersopan santun. Keindahan penggunaan pembayang maksud yang menarik dan disertai dengan mesej pantun tentunya akan menjurus seseorang yang mendengar pantun rasa terdorong untuk berbudi dan menghargai budi orang lain.

7. Adat istiadat.
Penggunaan pantun di atas sangat sesuai digunakan dalam majlis-majlis tertentu dan ketika menjalankan adat istiadat. Orang melayu sangat mementingkan pengucapan yang tersusun untuk menyampaikan hasrat dan meluahkan perasaan mereka.

8. Hiburan.
Kadangkala pantun di atas boleh digunakan ketika melagukan sesuatu irama yang diiringi dengan bunyi-bunyian seperti gendang dan tiupan serunai. Selain memberi nasihat, pada masa yang sama mampu menghibur khalayak melalui keindahan susunan kata dan maksud puisi.

Setelah memahami maksud estetik maka berikut adalah rumusan aspek estetik bagi pantun budi secara umum.

1. Keindahan pemilihan kata.
Aspek utama nilai estetik pantun ialah pemilihan kata yang tepat. Perkataan yang wujud dalam pantun sangat menepati maksud dan tujuan puisi dicipta. Contohnya perkataan “hancur badan” begitu tepat untuk memberi maksud seseorang yang sudah mati. Kematian itu pula digambarkan dengan jangka masa kematian yang sudah lama.

2. Keindahan unsur bunyi
Kemudian diikuti dengan penggunaan rima yang tepat samada di awal, di tengah dan di akhir baris. Contoh yang jelas seperti perkataan “pandan” dan “badan” pada tengah baris. Begitu juga perkataan penggunaan perkataan “tiga” dan “juga” digunakan di akhir baris. Unsur bunyi juga wujud dalam aspek bunyi vokal dan konsonan. Ia dikenali juga sebagai asonansi dan aliterasi.

3. Keindahan cara berkomunikasi
Penyampaian komunikasi yang menggunakan gaya bahasa yang lemah lembut dan sopan mampu menimbulkan rasa hormat kepada khalayaknya. Para pendengar akan rasa terusik dan terkesan yang mendalam kerana gaya penyampaian, pengucapan dan pemilihan kata yang menyentuh perasaan. Para penutur pantun bijak berfikir dan menggunakan pantun sebagai satu cara komunikasi yang sangat berkesan.

4. Keindahan pengucapan yang sopan.
Seseorang yang ingin memberi nasihat perlu berhati-hati dengan pengucapan agar tidak mengguris hati dan perasaan rakan. Budaya melayu yang mengamalkan sopan santun memerlukan sesorang itu menyusun kata secara sopan dan teratur.

5. Keindahan maksud puisi.
Maksud puisi begitu indah dan mendalam maksudnya. Khalayak akan rasa dihargai dan sentiasa bersangka baik kepada teman dan taulan. Maksud puisi ini membolehkan seseorang menerima baik nasihat, saranan dan permintaan penutur pantun. Tidak wujud rasa kecil hati dan rendah diri kerana nilai pantun ini begitu lembut ketika menyatakan tujuan pengucapan. Kefahaman terhadap maksud dapat dirasa sehingga ke dalam sanubari hati pendengar.


Nilai Kemanusiaan

1. Manusia yang saling bergantung antara satu sama lain.
Hidup masyarakat melayu pada zaman tradisional penuh dengan kesusahan dan saling bergantung antara satu sama lain. Setiap individu yang menjadi ahli masyarakat akan sering memerlukan pertolongan ahli masyarakat yang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Budi merupakan amalan yang tidak boleh ditinggalkan. Sesiapa yang tidak mengamalkannya dianggap bersifat melukut di tepi gantang, seperti kera sumbang dan sebagainya.

2. Manusia yang sentiasa mengejar harta
Masyarakat melayu tidak ketinggalan dari segi mengumpulkan harta kekayaan. Lambang kekayaan masyarakat diukur dari sudut jumlah hartanya. Harta yang dianggap paling tinggi nilainya adalah emas. Lalu perbandingan kekayaan seseorang diukur melalui jumlah emas yang mampu dimiliki oleh seseorang. Namun nilai emas tidak sama dengan nilai budi.

3. Manusia yang boleh menilai erti budi berbanding harta.
Seeorang itu perlu meletakkan kedudukan budi itu sesuatu yang amat mulia di sisi mereka. Budi perlu diletakkan pada tempat yang tinggi dan tidak boleh dibandingkan nilainya dengan harta seperti emas. Oleh itu manusia hendaklah sedar bahawa budi itu tidak boleh dibayar.

4. Manusia yang sentiasa mengenang budi orang lain.
Setiap individu perlu menghargai pertolongan orang lain walau sekecil mana budi tersebut. Rangkap puisi ketiga menggambarkan betapa seseorang yang pernah menerima budi akan sentiasa menjunjung budi.

5. Manusia yang percaya dengan hari pembalasan.
Kebanyakan pantun budi mengaitkan balasan budi itu tertangguh sehingga seseorang itu meninggal dunia sebagaimana rangkap pertama dan rangkap kedua pantun. Manusia percaya bahawa berbudi adalah amalan mulia yang mendapat balasan pahala di sisi Allah. Kita perlu ikhlas dengan pertolongan yang telah diberikan dan jangan terlalu mengharapkan balasan di dunia sahaja.

Gambaran masyarakat dalam pantun.

1. Masyarakat yang tinggal di tepi pantai.
Melalui ketiga-tiga pembayang maksud pantun terdapat gambaran bahawa pencipta pantun ini tinggal dalam persekitaran tepi pantai dan lautan. Ini dapat digambarkan melalui pemilihan kata yang berkaitan dengan latar tempat berkenaan seperti “belayar”, “pulau Pandan”, ”tanjung”, “kolek” dan gambaran suasana “air tenang” .

2. Masyarakat petani dan nelayan.
Masyarakat melayu terdisional tidak boleh lari daripada menjalankan kegiatan bertani seperti menanam “pisang” dan sebagainya. Manakala bagi mereka yang tinggal di persisir pantai akan “belayar” dan menjalankan kegiatan nelayan.

3. Masyarakat yang menggunakan jalan air sebagai pengangkutan.
Sistem pengangkutan tradisional yang paling mudah di kalangan masyarakat melayu zaman dahulu adalah melalui jalan air. Mereka akan menggunakan alatan yang sesuai ketika bergerak melalui jalan air. Penggunaan alat pelayaran, sampan dan kolek adalah sesuatu yang perlu pada waktu itu. Malah mereka perlu memahami keadaan yang sesuai ketika bergerak supaya selamat dalam perjalanan. Mereka perlu menunggu air yang tenang apabila menggunakan sampan kolek.

4. Masyarakat yang saling tolong menolong.
Lumrah kehidupan orang yang hidup bermasyarakat adalah saling bantu membantu antara satu sama lain. Orang yang tidak mengamalkan hidup berbudi dan tolong menolong akan dianggap tidak bermasyarakat.

5. Masyarakat yang sentiasa mengenang budi.
Masyarakat yang baik akan selalu mengenang budi walau budi itu kecil nilainya. Perkara tersebut termaktub dalam ketiga-tiga maksud pantun budi di atas. Malah mereka yang tahu erti budi akan menjunjung dan mengingati budi orang lain.

6. Masyarakat yang mempercayai hari kemudian.
Mesyarakat melayu secara umumnya beragama Islam. Mereka mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap hari kemudian atau disebut juga hari pembalasan. Mereka yakin seseuatu amal samada baik atau buruk akan mendapat pembalasan yang setimpal. Begitu juga amal berbudi kepada orang lain dipercayai akan mendapat balasan baik selepas meninggal dunia sekalipun tidak mendapat balasan di dunia.




Wednesday, 20 June 2012

Edisi khas sajakku..

Pertemuan di Hyde Park oleh Adi Badiozaman Tuah
Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum memahami sajak ini kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park. Menurut Wikipedia Hyde Park ialah seperti berikut:
Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8 orang mati.
  
Taksiran Tentang Sajak
Pada rangkap pertama pengarang telah membandingkan sebidang tanah pemberian ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun di Hyde Park. Pengarang telah menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah hutan kepada sebuah ladang huma milik keluarga.
Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana aktiviti pertanian yang telah dijalankan di kebun ayahnya itu.

Rangkap ketiga membicarakan tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaan tanah. Kita sebagai pentadbir kebada tanah yang dimiliki adalah pihak yang menentukan batas-batas kegunaan tanah tersebut.

Rangkap keempat adalah ingatan ayah penyajak tentang tanggungjawab pewaris tanah dan nasihat yang dikemukakan supaya jangan alpa (lupa) terhadap amanah yang mereka miliki. Segala milik kita akan kembali menjadi milik alam semesta sekiranya kita lupa.

Pandangan Sarwajagat.
Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat beberapa keadaan yang perlu difahami oleh kita mengapa pertemuan di tempat penyajak berada menjadi titik tolak pendapatnya tentang alam sekitar. Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi satu tempat yang indah di tengah kota London. Di sekeliling taman berkenaan pula telah dipenuhi dengan pembangunan yang pesat seperti rumah dan pusat-pusat perdagangan. Malah Hyde Park juga menjadi tempat awam masyarakat kota London melakukan aktiviti sosial termasuklah berhibur dengan konsert di sana. Malah sejarah juga mencatatkan tentang serangan tentera Ireland yang telah memberontak pada tahun 1982. Lalu penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang tanah sebagaimana tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian. Ayat sajak ini mencatatkan seperti berikut:
“betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa”
“segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara”

Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan manusia ke atas tanah atau alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut kehendak pemiliknya. Jika melihat kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu dipertahankan sebagai satu kawasan semulajadi yang terpelihara sedangkan persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan menjadi Bandar kosmopolitan yang maju dan sibuk (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).

Perkataan yangperlu difahami:
1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.

Pemikiran Sajak.

Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan amanat melalui puisi beliau dengan tema “menghargai tanah warisan”. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan manusia. Oleh itu masyarakat di kampung halaman penyajak perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat ayahnya yang selalu bercerita tentang erti “sebuah tanah” (rangkap 3 hlm. 19).


Persoalan.
1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan.

Aspek Estetik.

1. Aspek bahasa
2. Pemilihan kata
3. Rima sajak
4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi



Hasil Ciptaan:-

Ibu itu menderita sekian lama,
Mengandung seorang perwira,
Doa dan zikir sering bergema,
Semoga muncul tonggak agama.

Setelah anak meningkat dewasa,
Najis dadah peneman dijiwa,
Lembu di kandang mendengar kata,
Anak seorang tak reti bahasa.

Najis dadah barang kotor,
Harapan ibu melihat anak menjadi doktor,
Dibawah jambatan operasi diatur,
Hati si ibu menjadi lebur.

Tingkatkan keinsafan,
Kepada setiap bani insan,
Bahaya dadah angkara syaitan,
Meranapkan segala impian.

Dadah,
Tika dulu kau bagai penawar,
Mengukir nama di bidang perubatan
Pengubat derita sagala kesakitan

Namun kini,
Martabatmu begitu hina,
Gah namamu bak najis semata
Kau perosak agama, bangsa dan negara!!!

Dadah,
Kau durjana,
Imaginasi dusta di alam nyata,
Mengundang keperitan sengsara,
Membawa kesedihan bonda,
Berakhir di alam kematian,

Bangkitlah! Insaflah!
Sekali air bah kita mesti berubah,
Belia tonggak bangsa
Tiang negara
Harapan abah!!!



Monday, 11 June 2012

Secebis Nota Mengenai Mentera

Mantera

-Mantera merupakan satu daripada genra puisi Melayu tradisional yang diwarisi sejak zaman primitif, prasejarah, animisme, kemudian dipengaruhi Hinduisme, dan Islam. Mantera masih dikekalkan, ditambahkan, disesuaikan, dikembangkan dan digunakan oleh orang Melayu dalam kehidupan harian. (Harun Mat Piah, 1989, h. 478).

-Mantera adalah sejenis genre puisi Melayu tradisional yang berupa ungkapan-ungkapan magis yang digunakan oleh pawang dan bomoh.

Fungsi Mantera
-         sebagai alat pengendali sosial (nasihat)
-         untuk menyembuhkan penyakit
-         mendatangkan kebaikan dan celaka
-         untuk mengusir harimau
-         untuk mengusir hantu
-         sebagai alat peringatan
-         sebagai toleransi

Contoh Mantera

PENDINDING (KEBAL)

Oi rajak segalak rajak
Rajak batatak dirimbak rayat
Oi jin segalak jin
Jin duduk di lautan apik
Oi apik segalak apik
Api goring di nerakak
Semuanyak bermata ampat, ampat darik tujuh petalak
Ampat darik tujuh penjuru alam
Aku ketahuan segalak firasat muk
Asal usul dari keterunun
Jikak ikam mendehakak kepada kuk
Kelorong kelereng tampat mu
Kadak adak lagi tampatnya
Jika kau tunai permintaan ini
Sahabat kita duniak akhirat
Menjagak segala galak
Sehingga ke penjuru alam buanak
Dengan berkat......................................



Coretan Pujangga Teromba..

Teromba
Definisi :-
Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.

Fungsi teromba
-Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.
-Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

Ciri Teromba : (Adat Tonggak Nilai)

Dari aspek bentuk
-Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
-Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
-Rima akhir teromba adalah tidak tetap
-Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:
Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas
-Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
Contoh,
R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk
-Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa

Contoh 

Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat 


Hidup dikandung adat,
Mati dikandung bumi, 



Ciri dari segi isi :
*Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.
*Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat
*Rangkap teromba :
Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14,     rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.


Jumlah perkataan sebaris :
Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
Contoh,
Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas /
Jumlah suku kata sebaris :
Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
Contoh,
R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 suku kata
 
Contoh Teromba

Adat Tonggak Nilai
Tatkala
Kampung sudah bersudut,
sawah sudah berjenjang,
Pucuk sudah meliuk,
Pinang sudah berjejer,
Adat dengan pusaka diadakan, iaitu:
Alam beraja,
Luak berpenghulu,
Suku bertua,
Anak buah beribu buapak,
Orang semenda bertempat bersemenda,
Kunci anak buah ibu buapak,
Kunci luak penghulu,
Kunci alam raja.
Adat nang berjenjang naik,
Bertangga turun:
Berlukis, berlembaga,
Berturas, bertauladan.
Pulai nang berpangkat naik,
Manusia berpangkat turun.
Kambing biasa membebek,
Kerbau biasa menguak,
Ayam biasa berkokok,
Murai biasa berkicau,
Penghulu biasa menghukum adat,
Alim biasa menghukum syarak,
Hulubalang biasa menjarah,
Juara biasa melepas,
Saudagar biasa bermai bungkal teraju,
Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas.
Raja sekeadilan,
Penghulu seundang,
Tua selembaga,
waris sepusaka,
Ibu buapak seadat,
Tempat semenda seresam,
Raja berdaulat,
Penghulu berandeka,
Raja bertitah,
Penghulu bersabda,
Raja berkhalifah,
Penghulu bersuku,
Undang Berkelantasan,
Lembaga bersekat,
Raja Bersejarah,
Penghulu bersalasilah,
Lembaga berteromba,
Raja berdaulat dalam alamnya,
Penghulu bernobat dalam sukunya,
Buapak bernobat dalam anak buahnya,
Orang banyak bernobat dalam terataknya.
Salah hamba kepada tuan,
Salah murid kepada guru,
Salah anak kepada bapa,
Salah bini kepada laki,
Titah dijunjung sepenuh-penuh kepala,
sabda dipikul seuntuk-untuk bahu.

Kelebihan umat dengan muafakat,
Klebihan nabi dengan mukjizat,
Bualat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Air melurut dengan bundarnya,
Benar melurut dengan pakatnya,
Negeri tumbuh dengan adatnya,
Muafakat lalu di dalam gelap,
Dapat lalu di tengah terang,
Hilang adat kerana muafakat,
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung bumi,
Bujur lalu melintang patah,
Makanan adat dengan pusaka.
Kata orang kata bercalun, (kata berbalok),
Kata pegawai kata berhubung,
Kata hulubalang kata tunggal,
Kata undang kata perhiasan,
Kata raja kata berliput,
Kata mualim kata hakikat,
Kata adat kata nan benar.

Berdiri meninjau jarah,
Duduk meraut ranjau,
Menyerudup galas lalu,
Menyelam minum air,
Lain biduk lain galang,
Kaki terdorong, badan binasa,
Cepat tangan, dapat hutang,
Mulut berkata-kata, emas akan padahnya,
Terpijak benang arang, hitam tapak kaki.
 
















Cerita Talibun..

Talibun

1.Struktur Talibun Seperti pantun, ada baris pembayang maksud dan baris maksud.      Talibun enam baris: 3 baris pertamanya pembayang maksud dan 3 baris berikut maksudnya. Jarang digunakan – sukar dicipta. Banyak terdapat dalam kitab-kitab hikayat

2.. Contoh Talibun Enam Baris Serangkap Bunga kujerat dalam taman Ikan berenang dalam tebat Suntingan pada anak dara Tuan sangat diharapkan Junjungan sampai ke akhirat Pembimbing badan ke syurga. (rima hujungnya abcabc) - Hikayat Anggun Cik Tunggal

3. Contoh Talibun Lapan Baris Serangkap Siapa belayar ke tepian Jangan dahulu balik pulang Rusa terdampar dalam lembah Ekornya hitam kena bara Kekanda belayar ke dalam lautan Banyak memetik bunga kembang Adinda tinggal tengah rumah Tidur bertilam air mata. (rima hujungnya abcdabcd) - Hikayat Anggun Cik Tunggal

4. Struktur Talibun Talibun – bentuk tidak terikat, sama ada berangkap atau tidak. Jika berangkap – jumlah suku kata dan perkataan dalam sebaris tidak ditentukan. Mungkin berima, mungkin tidak, setiap rangkap menyatakan satu keseluruhan idea. Sama seperti bentuk gurindam, seloka, teromba. Fungsinya – selipan atau selingan pada bahagian-bahagian secrita, pemerian puitis dalam cerita-cerita penglipur lara yang berbentuk prosa.

5. Talibun: Gambaran Kecantikan Seorang Puteri Di betis tajam belat Di pinggang perak berlapis Di dada bintang menabur Di rusuk siku keluang Di belakang lentik padi Di lengan semut beriring Di tengkuk puyuh berlaga Di dagu kumbang berteduh Di dahi panau meninjau Sebiji panau yang elok Tumbuh di lesung, lesung pipit Limbar-limbaran dibawa tawa Nama panau celak Nabi Adam. Hikayat Awang Sulung Merah Muda 33-34

6. Talibun: Gambaran Kecantikan Seorang Puteri Pipi bagai pauh dilayang Hidung kuntum bunga serayu Telinga telepuk layu Dahi bagai sehari bulan Kening bagai bentuk taji leher jinjang buyung petani Lengan seperti baur panah Jari halus tombak serai Pinggang secekak jari manis Betis bagai bunting padi Tumit bagai telur burung Ibu kaki bungkal setahil. Hikayat Awang Sulung Merah Muda 33-34

Talibun haruslah genap barisnya. yang 6 baris bersajak a-b-c a-b-c yang 8 baris a b c d - a b c d . Sama seperti pantun baris pertama ke 3 atau ke 4 adalah sampiran dan baris selanjutnya adalah isi. Demikian seterusnya aturan TALIBUN ini.

Ciri-Ciri Talibun
      -  Ia merupakan sejenis puisi bebas
- Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian
- Isinya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperinci
- Tiada pembayang. Setiap rangkap dapat menjelaskan satu keseluruhan cerita
- Menggunakan puisi lain (pantun/syair) dalam pembentukannya
- Gaya bahasa yang luas dan lumrah (memberi penekanan kepada bahasa yang berirama      seperti  pengulangan dll)
- Berfungsi untuk menjelaskan sesuatu perkara
- Merupakan bahan penting dalam pengkaryaan cerita penglipur lara

Biasanya talibun ini bertema tentang manusia, benda, gejala, kondisi, situasi,perasaan, atau tradisi.

Contoh Talibun

Mencari ikan di dalam lubuk
Ikan gabus banyak dinanti
Lubuk dalam tanah tertimbun
Setiap hari bermain facebook
Bosan rasanya status berganti
Perkenankan hambe lantunkan talibun

Punai hinggap di kayu rapuh
Batang dipenuhi dedaunan coklat
Lama tak dikecup sinar mentari
Selagi melarat munajat bersimpuh
Ketika lapang lupakan shalat
Sajadah dikunci dalam lemari

Selasih di rimba Jambi
Rotan ditarik orang pauh
Putus akarnya di jerami
Kasih pun baru dimulai
Tuan bawa berjalan jauh
Itu menghina hati kami.

Kalau anak pergi ke pekan
Yu beli belanak beli
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanakpun cari
Induk semang cari dahulu









Alunan Gurindam..

Gurindam
Gurindam merupakan sejenis puisi Melayu. ‘Gurindam’ itu sendiri berasal dari perkataan Tamil. Ini satu contoh gurindam lama yang indah.


Gurindam Nasihat

Apabila banyak berkata-kata
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Jika besar bapanya letih.


Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.


Apabila mendengar akan aduan,

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.


Apabila pekerjaan yang amat benar,


Jenis Gurindam
Gurindam Dua Belas (Fasal Ketujuh).

Ciri Gurindam

i.Jumlah perkataan dalam baris ialah 3 hingga 5 perkataan. 
Contohnya:
Sia-sia/ sahajalah/ umur/                                        - 3 perkataan
Lekaslah/ segala /orang /yang/ mengikut/               -5 perkataan    

ii Jumlah suku kata dalam baris ialah 9 hingga 15 suku kata. 
Contohnya:
Ji/ka/ be/sar/ ba/pa/nya/ le/tih/                                        - 9 sukukata
Mem/bi/ca/ra/kan/nya/ i/tu/ hen/dak/lah cem/bu/ru/an  - 15 sukukata

b. Jenis gaya bahasa

1) Asonansi:-       
     Perulangan bunyi huruf vokal
     Contoh: Rangkap 1 atau mana-mana rangkap        
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta

 2) Aliterasi:-
      Perulangan bunyi huruf konsonanContoh: Rangkap 2 atau mana-mana rangkap        
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itulah tanda hampirkan duka

3)  Rima akhir:-
     Bunyi suku kata akhIrnya adalah sama –  a-a
     Contoh: Rangkap 3 dan 4 atau mana-mana dua rangkap
    
Apabila kita kurang siasat.
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih.
Jika besar bapanya letih.
 4)  Citra/imej      
 Memberi gambaran sesuatu seperti sikap seseorang 
 Contoh: Rangkap 5
Apabila banyak mencela orang.
Itu lah tanda dirinya kurang












Saturday, 9 June 2012


Sekadar Renungan

Hai budak sekolah!!
Tidak ingatkah pesan mak abah,
Rajin belajar, jangan bagi cikgu marah,
Ponteng sekolah itu sudah-sudahlah,
Ponteng kelas? ish tidak payahlah
Bising, lawan cikgu itu semua tidak berfaedah,
Mungkin buat anda lelah,
Masa peperiksaan anda yang parah,
Akhirnya keputusan dapat merah,
Sekarang ini siapa hendak dipersalah,
Tentu anda sendirilah
Baru sekarang menyesal tidak sudah.

Budak sekolah sedarlah diri,
Datang sekolah untuk mengaji,
Bukannya datang suka hati,
Sehari datang sehari cuti,
Dalam seminggu penuh dengan MC,
Macam itu buatlah sekolah sendiri,
Siapa pun tidak kisah tidak datang berhari-hari,
Cikgu tidak untung atau rugi,
Gaji mereka tetap diberi,
Tapi itu bukan realiti,
Sekolah ini kerajaan yang beri,
Jadi janganlah memandai sendiri,
Tidak minat sekolah, baik berhenti.

Hai budak SMKK,
Tahu tidak kenapa kita disini?
Mestilah mak abah hendak kita belajar bestari,
Moga-moga masuk universiti,
Kerja baik-baik apabila besar nanti,
Bukan bas biru yang kita hendak naiki,
Kalaulah kita berpelajaran tinggi,
Perdana Menteri pun kita boleh jadi,
Tidak pun orang yang dihormati,
Jadi untuk membalas budi,
Jomlah kita 'study',
Jangan jemu, kita tidak rugi,
Terutamanya calon STPM tahun ini,
Gahkan sekolah sekali lagi,
....Mak abah turut 'HAPPY'

Friday, 1 June 2012

jOm bErSeLoKa!!









Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.

Masyarakat Melayu mencipta seloka untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka. Seperti Seloka Pak Kaduk diterjemahkan sebagai cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri.


Peranan Seloka:-
1.Sebagai hiburan.
2.Untuk mengejek seseorang secara berkias.
3.Menyindir secara serius atau jenaka.
4.Sebagai pengajaran atau panduan untuk masyarakat.
5.Untuk menggambarkan sesuatu perasaan.

Ciri-Ciri Seloka:-
1.Tiap bait terdiri daripada 2 baris panjang.
2.Ritma akhir adalah tidak tetap.
3.Isi bait 1 dengan berikutnya saling berhubungan.
4.Jumlah perkataan dalam sebaris tidak tetap.
5.Tidak terikat oleh persajakan
6.Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.

Contoh Seloka:-

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

Hasil Ciptaan:-
  

Nasihat Untuk Yang Bercinta

Sana sini buat wayang,
Orang tengok naik bengang,
Itu belum lagi rumput kat padang,
Kalau hidup sure kena terajang...

Dulu masa single okey saja,
Sekarang dah couple banyak pulak dosa,
Bila orang tegur buat derk aja,
Apa kulit dah tebal nak masuk neraka?

Masa buat tak tahu malu,
Ikut sangat telunjuk nafsu,
Buat maksiat tak segan silu,
Sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

Suruh sembahyang... nanti..nanti..
Boyfriend tepon terus pergi,
Nak bersyukur atas nikmat Allah x reti-reti,
Boyfriend yang bagi sekuntum bunga tulah dipuji-puji...

Nasib baik Tuhan tu Maha Penyayang,
Itupun nasib baik umur masih panjang,
Ada peluang nak mengucap panjang,
Mintak ampun, panjat doa memanjang...

Perkara lepas jangan dikenang,
Pintu taubat terbuka luas,
Hidup bukan untuk bersenang-senang,
Meraih dan mencari redha Allah yg Maha Luas...

Belajar tinggi sampai gayat,
Tapi tak amal sepanjang hayat,
Islam tu kan penyelamat,
Bila nak amal... . tunggu sampai jadi mayat?

Sedetik Mengenali Syair...



Syair dikatakan berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam Bahasa Melayu, istilah syair menjadi istilah yang khusus.Mengikut Harun Mat Piah 1989,syair Melayu dikatakan tidak beracunkan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi syair Melayu sudah mempunyai bentuk dan acuan Melayu asli masyarakat Melayu sendiri.Orang Melayu mula mengenali syair sejak zaman bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma, Fusus Al-Hikam,Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang Islam ke Melaka.

Peranan syair:-
1.Sebagai medium untuk berdakwah
2.Sumber kepada ilmu pengetahuan
3.Sebagai nasihat\pengajaran
4.Sumber sejarah dan budaya masyarakat
5.Sebagai media untuk berkomunikasi antara satu sama lain
6.Sebagai sumber hiburan
7.Untuk mengisi masa lapang
8.Dinyanyikan atau dilagukan untuk mengiringi tarian tertentu.


Ciri-Ciri Syair:-
1.Tiap bait terdiri daripada empat baris.
2.Biasanya stia baris mengandungi 8-12 suku kata
3.Syair bersajak sama a-a-a-a
4.Keempatnya terdiri daripada rangkaian cerita, tidak ada sampiran.


Contoh Syair:-

Nasihat Ayahnda

Dengarkan tuan ayahnda berperi,
Kepada anaknda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ayahnda beri.

Ayuh anaknda muda remaja,
Jika anaknda mengerjakan kerja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.

Menjalankan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlag culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Tutur yang manis anaknda tuturkan,
Perangai yang lembut anaknda lakukan,
Hati yang sabar anaknda tetapkan,
Perasaan orang anaknda fikirkan.

Nasihat ayahnda anaknda fikirkan,
Keliru syaitan anaknda jagakan,
Orang berakal anaknda hampirkan,
Orang jahat anaknda jauhkan.



Ciri-Ciri umum Syair

1.Berangkap.
2.Bentuk terikat
3.Empat baris satu rangkap.
4.Kesemua baris ialah maksud/isi/sampiran.
5.Rima akhir terikat/sama/aaaa bagi setiap rangkap.
6.Jumlah bilangan perkataan sebaris di antara 3/4 hingga 5/6.
7.Jumlah bilangan suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
8.Dilafazkan secara berlagu ( Lagu rakis, Siti Zubaidah, bangsawan/purbawara, ulik mayang dll ).
9.Setiap rangkap tidak boleh berdiri sendiri.
10.Di antara satu rangkap dengan rangkap lain ada pertalian masud.
11.Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah baris.
12.Keseluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud/isi/kisah/cerita/peristiwa.
13.Isi syair berunsur nasihat/pengajaran/pesanan/ilmu/pendidikan/keagamaan/dakwah/sejarah/peristiwa   dll ).
14.Isi syair bersifat objektif/hakikat/kebenaran.
15.Sejenis puisi Melayu tradisional dari pengaruh Arab/Farsi

Hasil Ciptaan

Berhati-Hati

Wahai pengguna orang budiman,
Ingat-mengingati sesama teman,
Mana yang baik buat teladan,
Sikap yang buruk jadikan sempadan.

Semua nasihat telah diberikan,
Mengapa tidak dijadikan teladan,
Sifat sombong jangan diamalkan,
Menunjuk hebat hendaklah dielakkan.

Had memandu terang dan nyata,
Kalau dilanggar mengundang bahaya,
Aral melintang di hadapan mata,
Tak sempat henti padah jadinya.

Jangan bersaing sesama pengguna,
Akibat nanti buruk akhirnya,
Bukan tempat untuk berlumba,
Peraturan diikut selamat semua.

Insaflah wahai para sahabat,
Bergurau di jalan bukanlah tempat,
Berlumba haram jangan terlibat,
Ingat pesanku semua sahabat.

Thursday, 31 May 2012

BICARA PANTUN..



PANTUN merupakan satu puisi  melayu sejati.Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya.Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat,enam atau lapan baris pantun.


Peranan Pantun:-
1.Sebagai lagu dan nyanyian untuk tujuan berhibur.
2.Memberikan nasihat dan tunjuk ajar  yang baik.
3.Menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih.
4.Salah satu daripada teknik menyindir atau menempelak seseorang dengan lebih sopan.
5.Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati atau hajat..
6.Salah satu cara untuk menguji ketangkasan seseorang berfikir
7.Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.


Jenis Pantun:-
1.Pantun 2,4,6,8,10,12 kerat
2.Pantun terbahagi kepada pantun nasihat,adat,agama,teka-teki,jenaka dan juga peribahasa.
3.Pantun berkait.


Bentuk\Ciri-Ciri Pantun:-
1.Terdiri daripada 4 baris dalam satu rangkap.
2.Mengandungi pembayang dan maksud pantun.
3.Bunyi ritma akhir pantun ialah a, b, a, b
4.Jumlah perkataan dalam sebaris 4-5 patah perkataan.
5.Maksud pantun adalah sarat dengan moral dan jenaka.


Contoh Pantun:-
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak, 
Esok jangan rindu-rinduan.


Hasil Ciptaan:-
Blog sastera nama ku gelar,
Untuk tatapan pembaca sejati,
Ingin menyemak hasil kerja pelajar,
Itulah Cikgu Zulkifli,sifu sastera kami.