Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. Kata seloka berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Sloka’. Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.
Masyarakat Melayu mencipta seloka untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka. Seperti Seloka Pak Kaduk diterjemahkan sebagai cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri.
Peranan Seloka:-
1.Sebagai hiburan.
2.Untuk mengejek seseorang secara berkias.
3.Menyindir secara serius atau jenaka.
4.Sebagai pengajaran atau panduan untuk masyarakat.
5.Untuk menggambarkan sesuatu perasaan.
Ciri-Ciri Seloka:-
1.Tiap bait terdiri daripada 2 baris panjang.
2.Ritma akhir adalah tidak tetap.
3.Isi bait 1 dengan berikutnya saling berhubungan.
4.Jumlah perkataan dalam sebaris tidak tetap.
5.Tidak terikat oleh persajakan
6.Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
Contoh Seloka:-
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Hasil Ciptaan:-
Nasihat Untuk Yang Bercinta
Orang tengok naik bengang,
Itu belum lagi rumput kat padang ,
Kalau hidup sure kena terajang...
Dulu masa single okey saja,
Sekarang dah couple banyak pulak dosa,
Bila orang tegur buat derk aja,
Apa kulit dah tebal nak masuk neraka?
Masa buat tak tahu malu,
Ikut sangat telunjuk nafsu,
Buat maksiat tak segan silu,
Sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..
Suruh sembahyang... nanti..nanti..
Boyfriend tepon terus pergi,
Nak bersyukur atas nikmat Allah x reti-reti,
Boyfriend yang bagi sekuntum bunga tulah dipuji-puji...
Nasib baik Tuhan tu Maha Penyayang,
Itupun nasib baik umur masih panjang,
Mintak ampun, panjat doa memanjang...
Perkara lepas jangan dikenang,
Pintu taubat terbuka luas,
Hidup bukan untuk bersenang-senang,
Meraih dan mencari redha Allah yg Maha Luas...
Belajar tinggi sampai gayat,
Tapi tak amal sepanjang hayat,
Islam tu kan penyelamat,
Bila nak amal... . tunggu sampai jadi mayat?
No comments:
Post a Comment